Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata Turki perlu menghormati resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung gencatan senjata selama sebulan di Syria yang turut melibatkan wilayah barat laut Afrin di mana Ankara melancarkan serangan terhadap Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG).
Di dalam perbualan telefon pada hari Isnin, Macron memberitahu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bahawa gencatan senjata itu "melibatkan semua wilayah Syria, termasuk di Afrin, dan perkara itu mesti dilaksanakan di seluruh wilayah oleh semua pihak tanpa sebarang penangguhan", kata presiden Perancis itu.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Sabtu sebulat suara mengundi untuk menyokong resolusi menuntut gencatan senjata selama 30 hari di Syria tanpa sebarang penangguhan dalam rangka membenarkan penghantaran bantuan dan pemindahan perubatan.
26 Februari 2018 - 16:23
News ID: 883609
Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata Turki perlu menghormati resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung gencatan senjata selama sebulan di Syria yang turut melibatkan wilayah barat laut Afrin di mana Ankara melancarkan serangan terhadap Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG).